Assalamualaikum,
Kemunculanku setelah bertahun berdiam...........
Kenapa? entahlah............
Why? I don't know............
No idea? maybe......
No time? mmm.......
Masa, mungkin masa tidak mengizinkan aku untuk mencurahkan idea2ku.
Masa, aku banyak menghabiskan masa dengan melayan kerenah anak2.
Aku gembira selepas kelahiran Ahmad Tarmizi. Sekarang dah pandai menapak. Melihat dia membesar menyebabkan aku teruja. Sungguh teruja. Kehadiran Ahmad Tarmizi membuat kami sekeluarga senyum. Sudah berusia setahun 2 minggu, dia dah laju berjalan.
Inilah ahli baru keluarga Mohd Hamidin................jam 3ptg, 9hb Februari 2012 selamat dilahirkan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Kehadiran ahli baru inilah yang membuatkan aku terlupa tentang laman JJHM ini. Keseronokan menyusukan, memeluk dan mencium bau bayi membuat aku seolah2 dibuai bersama mimpi indah. Semoga mimpi indah ini terus membahagiakan kami sekeluarga.
Aku berdoa agar zuriat2 ku menjadi anak yang soleh dan solehah. Itulah yang dipohon setiap kali selepas solat. Aku amat bersyukur kerana Allah memberi aku rezeki yang sungguh bernilai ini. Peluang yang diberikan ini sudah semestinya aku cuba melaksanakannya dgn sebaik mungkin. InsyaAllah.
...jika ada kesempatan lagi....
Kita berjumpa di lain cerita......
Salam.........
Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.
Saturday, February 23, 2013
Friday, July 8, 2011
Julai datang lagi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jun sudah berlalu, Julai menjelma kini................
Selamat hari lahir utk suami tercinta pd 23hb Jun yg lepas. Terima kasih buat mu kerana sudi membawa kami makan malam di Senibong. Best......lain kali kita gi lagi ye.
Julai pula ada 2 tarikh yg perlu diingati.....Agak2 suami aku ni ingat tak? Susah ye nak agak2, sebab org lelaki ni kurang prihatin ttng tarikh2 penting dlm keluarga. Nasib baik suami aku tak lupa tarikh birthday aku. Bukannya nak mintak hadiah sgt....cukup ucap selamat udah ler.....kembang sikit kan! Tapi kalau nak bagi hadiah......jgn tolak, rezeki tu.
24hb Julai tarikh lahir anak ke-3 yg ke lapan tahun. Eh, dia ingat tau....kalau lupa pun kakak dia mesti ingatkan dia. Kakak dia boleh ingat tarikh lahir semua adik2 dia........cayalah kakak, ibu sayang kakak.
Ada satu tarikh lagi yg anak2 aku tak tahu.........12hb Julai, tarikh ayah dan ibu diorang nikah. Maknanya ulang tahun perkahwinan aku dan suami tak lama lagi nih. Tengah fikir2 nak buat apa pada hari tu........macam2 terlintas dlm kepala. Kalau tanya anak2, diorang mesti nak kek.....eh, tak jemu2 makan kek....budak2 ni.
Aku suka coklat.......terbayang pulak kek coklat penuh strawberry yg Datuk K beri kat Siti.....hahaha, berangan lebih...... aku cuba cari2 gambar kek kat google.......macam2 ada! Nak tengok.....alahai tak sanggup aku nak beri komen........speechless! you'll rasa camne........
Dah.......tak larat nak copy paste.....dah jadik tak selera lak nak makan kek......huhuhu
Jun sudah berlalu, Julai menjelma kini................
![]() | |
| bongkar google cari gambar ni.....hehehe |
Julai pula ada 2 tarikh yg perlu diingati.....Agak2 suami aku ni ingat tak? Susah ye nak agak2, sebab org lelaki ni kurang prihatin ttng tarikh2 penting dlm keluarga. Nasib baik suami aku tak lupa tarikh birthday aku. Bukannya nak mintak hadiah sgt....cukup ucap selamat udah ler.....kembang sikit kan! Tapi kalau nak bagi hadiah......jgn tolak, rezeki tu.
24hb Julai tarikh lahir anak ke-3 yg ke lapan tahun. Eh, dia ingat tau....kalau lupa pun kakak dia mesti ingatkan dia. Kakak dia boleh ingat tarikh lahir semua adik2 dia........cayalah kakak, ibu sayang kakak.
Ada satu tarikh lagi yg anak2 aku tak tahu.........12hb Julai, tarikh ayah dan ibu diorang nikah. Maknanya ulang tahun perkahwinan aku dan suami tak lama lagi nih. Tengah fikir2 nak buat apa pada hari tu........macam2 terlintas dlm kepala. Kalau tanya anak2, diorang mesti nak kek.....eh, tak jemu2 makan kek....budak2 ni.
Aku suka coklat.......terbayang pulak kek coklat penuh strawberry yg Datuk K beri kat Siti.....hahaha, berangan lebih...... aku cuba cari2 gambar kek kat google.......macam2 ada! Nak tengok.....alahai tak sanggup aku nak beri komen........speechless! you'll rasa camne........
![]() |
| rasa2...nak potong mana dulu |
![]() |
| agak2...sapa kena tembak dulu.. |
![]() |
| nak ke anda potong muka dan badan anda sendiri?.... |
Label:
Isu Semasa,
Keiluarga
Thursday, June 16, 2011
Blog Lucah Remaja Melayu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”
Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......
Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :
Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?
Seperti biasa, aku mengadap lappy pagi2 jika ada masa. Aku membuka google tanpa tujuan tertentu. Saja2 nak cari sedikit maklumat mengenai entri baru nanti.
Ini bukan cerita rekaan, aku benar2 terkejut apabila aku klik satu perkataan maka tersenarailah beberapa laman dan aku ternampak satu laman yg tajuknya agak menggelikan. Ttpi kerana aku ingin tahu apa isi kandungnya, aku pun klik laman tersebut dan.....terkeluar laman blog lucah kepunyaan seorang remaja perempuan. Dia meletakkan gambar yg bukan separuh b*g*l ttpi memang tiada seurat benang pun yg menutupi tubuhnya. Aku tak pasti jika itu gambar tuan tanahnya atau org lain.
![]() |
| uh...tanpa seurat benang! |
Aku melihat bahagian maklumat peribadi, dia menyatakan namanya ttpi tiada maklumat tentang umur dan tempat tinggal. Blog ini nampaknya sudah lama tidak dikemaskini iaitu sejak 2006. Entrinya pun sekitar bulan Sep dan Okt saja. Setiap entrinya penuh dgn imaginasi remaja ini melakukan hubungan intim dgn pasangan khayalannya. Itu katanya lah, di mana dia tidak melayan jika ada org e-mail semata-mata nak melakukan hubungan seks dgnnya. Dia hanya akan menyerahkan tubuh badannya kpd lelaki yg bergelar suami shj. Itu yg dinyatakannya.......Ada pula pembaca2 yg memberikan komen yg berbau lucah jugak......semua ditulis dalam bahasa melayu!.
Aku tidak sangka begitu rendahnya maruah remaja ini kerana sanggup membina sebuah blog semata-mata mahu menulis cerita khayalannya bersenggama. Cerita spt ini amat bahaya jika ada kanak-kanak di bawah umur terjumpa laman sebegini. Kenapa masih ada blog lucah spt ini di dalam google. Kenapa si pelakunya tidak dicari dan dihukum kerana kesalahannya berat sama spt melacur.
![]() |
| kucing ni comel tapi jika ............... |
Kita ada mendengar blogger yg ditahan kerana tulisannya mengutuk pemerintah dan menyebarkan dakyah negatif serta menghasut. Dan baru2 ini ada blog yg cuba menyebarkan agama kristian pula ttpi tak tahulah jika dah diambil tindakan atau tidak. Maka bagi penulis2 blog lucah juga sepatutnya dihukum seberat2nya dan perlu menghadiri program2 kebajikan serta program memulihkan akhlak. Jika Islam, perlu diberi pendidikan agama dan penerapan ciri2 utk menjadi seorang Islam yg sebenar.
Perbuatan tidak bermoral merupakan perbuatan keji yg berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah akan menimpa diri. Jauhilah daripada perbuatan mengundang laknat. Sebuah hadis dari Riwayat Abu Daud yg berbunyi :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”
Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......
Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :
Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku
sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang
kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di
antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan,
bercabulnya zina (persundalan) dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.
Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?
Label:
isu agama,
Isu Masyarakat,
Keluarga,
Muhasabah Diri,
Sakinah
Wednesday, June 15, 2011
Gerhana Bulan 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
p/s: maklumat dari www.utusan.com.my
Pada 16 Jun ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan gerhana bulan penuh dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), secara amnya
gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang
sama Bulan melintasi bayang Bumi.
''Gerhana pada awal pagi Khamis ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:25 pagi waktu Malaysia.
''Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana
masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang
penumbra Bumi yang kurang gelap,'' menurut kenyataan itu.
Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra
Bumi ( U1 ) mulai jam 02:23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada
04:13 pagi.
Bulan akan mula keluar dari bayang umbra Bumi (U3) pada 05:03 pagi
dan keluar sepenuhnya daripada bayang umbra Bumi (U4) pada 06:02 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga 07:01 pagi tetapi fenomena
tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di
kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang.
Sementara itu, Angkasa dan Masjid Negara akan mengadakan program
pencerapan gerhana bulan penuh pada hari berkenaan di perkarangan luar
Masjid Negara bermula pukul 1 pagi.
Selain menyaksikan gerhana bulan penuh, orang ramai juga berpeluang untuk mencerap planet Musytari (Jupiter), Marikh (Mars) dan Zuhrah (Venus).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman
Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran
mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.
"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana
fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan
Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada
pukul 3 pagi.
Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya
dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
p/s: maklumat dari www.utusan.com.my
Label:
infobestari,
isu agama
Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga
Assalamualaikum san salam sejahtera semua,
Wallahualam.
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yg dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yg abadi.
Dalakm melayari rumahtangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yg kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding Motivasi dan keluarga, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah memberi 62 petua yg boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yg melayari rumahtangga.
- Doa yg berterusan
- Patuh ajaran agama
- Murah dgn pujian
- Murah dgn khidmat
- Murah dgn belaian kasih sayang
- Murah dgn sentuhan
- Mencari kebaikan pasangan
- Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
- Cari kebaikan dan pembaikan diri drpd setiap pertengkaran
- Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
- Menilai diri drpd perspektif pasangan
- Berfikiran terbuka, boleh tegur-menegur
- Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara
- Menilai dan memberi keutamaan dlm kehidupan
- Tolak-ansur
- Menghormati dan mengambil kira'gerak batin' (intuition) perempuan
- Tidak mengejar kebendaan semata-mata
- Sedar bahawa perselisihan kadang-kala tidak boleh dielakkan
- Mengubah diri utk merangsang perubahan pada pasangan
- Sanggup berkorban buat pasangan
- Menghormati pasangan
- Berasa amat beruntung ( dan nyatakan ) mendapat pasangan yg ada
- Perhubungan seksual yg sihat dan diredhai
- Menghormati perbezaan dlm diri pasangan
- Sentiasa bermaafan sebelum tidur
- Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
- Meletakkan hak kpd pasangan
- Tidak menjadi hamba kpd pasangan
- Berubah secara perlahan-lahan utk meningkatkan kebahagiaan
- Mengawal marah, buat perjanjian
- Mencari penyelesaian dlm situasi 'menang-menang'
- Muhasabah hubungan utk mencari punca masalah
- Menghormati sifat semulajadi pasangan
- Memahami peranan pasangan
- Hubungan perasaan sesama pasangan
- Jgn simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dlm hati
- Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua shj yg tahu
- Sengaja merancang utk membaiki hubungan suami isteri
- Tujuh kali puji dan satu teguran
- Sebut ' I love U' sepanjang masa
- Banyakkan bergurau dan bermesra
- Sentiasa berterus-terang
- Beri masa utk perubahan berlaku
- Elakkan berdebat utk mencari kebenaran
- Elakkan mencari salah pasangan
- Cari titik pertemuan
- Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
- Lebih banyak memberi drpd menerima
- Minta nasihat, pandangan atau maklum balas drpd pasangan
- Sentiasa bersemangat ketika bangun pagi, pergi kerja, balik kerja dan sbgnya
- Seimbangkan hubungan dr segi : mental, pendidikan dan ilmu, emosi, fizikal dan ekonomi, sosial, spiritual
- Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
- Tidak terlalu mengongkong
- Tidak bertindak bersendirian
- Memberi peluang utk berbeza : pendapat atau pandangan, hobi, kegemaran, makanan, citarasa, warna pilihan dan sbgnya
- Humor atau lawak dr masa ke semasa
- Minta bantuan utk memecahkan kitaran negatif
- Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dgn masalah semasa)
- Tidak meminta yg bukan-bukan
- Bentuk undang-undang atau peraturan dlm rumahtangga
- Mencari kelainan dan perubahan positif
- Elakkan mendera pasangan dgn apa cara sekalipun
Wallahualam.
Label:
infobestari,
Isu Masyarakat,
Isu Semasa,
Keluarga,
Kesihatan
Tuesday, June 14, 2011
Segmen Ben Ashaari : 5 Blog Pilihan Hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
join segmen lagi......anda mahu join sama? Jom klik SINI
Apakah 5 blog pilihan hati aku? Ahhh...kenapa 5 jer, susah nak buat pilihan ler......takut nanti yg tak terpilih kecik hati pulak daaaaa. Maka sebelum aku menyatakan pilihan hati aku ni, aku nak mohon maaf ler kat member yg tidak terpilih tu, jangan marah ye.....dan kepada yg terpilih, diharap mereka akan terus menampilkan penulisan yg mantop yg boleh dimanfaatkan bersama blogger yg lain.
Santai Bersama Ben Ashaari
Kenapa : kepada mereka yg belum pernah ke sini, anda mesti singgah utk bersantai di sini. pengisian yg tidak memeningkan kepala. ditulis secara santai dan ramai peminat. tak rugi jika anda mengikuti dan melibatkan diri dgn segmen2 yg diadakan.
TUBELAWAK.BLOGSPOT
kenapa : banyak pengisian yg berunsur pengajaran dlm bentuk lawak. bila mahukan sesuatu yg membuatkan anda senyum, pergilah lawat laman ini. menjadi satu kemestian, tuan punya blog menyelitkan tayangan video utk menghiburkan pembaca/blogger.
iluvislam.com
kenapa : setiap hari aku ke sini utk membaca artikel2 yg berkaitan dgn keislaman. mencari pengisian kerohanian utk menambah ilmu di dada terutama dr segi keagamaan. adakalanya mencari idea utk entri baru, contoh pada hari ini, aku dpt idea utk membuat entri mengenai "Blogger itu Pendakwah" ttpi belum disiarkan, masih dlm pembikinan....hehehe.
kakyong.com
kenapa : seorng surirumah spt aku yg rajin update blog. blognye mesra pengguna, iaitu view yg cantik dan ringan. banyak anjurkan GA....kalau tak silap, impiannya nak adakan satu GA, setiap hari. bukan itu jer, ada juga tutorial bg rujukan blogger2 baru yg tak tahu nak mengemaskini/mengindahkan lagi laman blog.
Frame and Lenses
kenapa : latarbelakang blog berwarna hijau, sejuk jer mata ku ini bila ke sana. aku suka hijau.....banyak juga tulisan2 yg ada teladan. hari ini ada pepatah melayu di sana........pergilah ke sana ye......
Dah cukup 5 jer.......jom blogwalking lagi.

Ben Ashaari,
segmen santai
Monday, June 13, 2011
Kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan percintaan, bercintalah dgn suami orang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
"Wanita muda tidak kisah bermadu"...anda dh baca Utusan Malaysia hari ini? Memaparkan tajuk yg pasti membuatkan para isteri terkedu atau terbeliak mata jap.
"wanita muda di negara ini terutama yg berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka utk hidup bermadu berbanding mereka yg melepasi usia tersebut."
Ini bermakna wanita yg masih belajar atau baru memulakan kerjaya lebih meminati org yg lebih tua utk dijadikan suami? Dan mereka sanggup bermadu wlaupun pada hakikatnya bermadu itu sungguh pahit. Alasan yg mereka berikan hanyalah krn golongan ini mempunyai kewangan yg kukuh dan brsikap romantik.
![]() | |
| berharap semoga berbahagia hingga ke akhir hayat |
Berdasarkan kajian soal selidik terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas, ramai di antara mereka mengizinkan suami mereka berkahwin lagi. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan sebanyak 286 kes poligami telah didaftarkan dan 222 permohonan poligami telah diluluskan atas perintah mahkamah.
Lelaki yg bergelar suami tentu tersenyum apabila membaca artikel ini. Itu pasti......oppsss jgn terus menyangka lampu hijau telah diberikan. Wahai para suami jika berniat utk berpoligami mesti cermin diri sendiri. Adakah kewangan anda kukuh? Jika tidak......jgnlah bermimpi utk beristeri muda pula.
Bagi mereka yg bersedia utk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa krn tindakan itu dibenarkan oleh agama. Dalam masa yg sama, mereka lebih menghormati suami yg bertanggungjawab dan jujur. Dalam kehidupan berumahtangga amat penting bagi pasangan bersikap jujur.
Jgn sembunyikan apa2 di belakang isteri termasuklah jika ada menerima sms dr seorang wanita lain. Ada satu kes, seorang suami memadam semua sms yg diterima dr rakan wanita di tempat kerjanya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suatu hari, dia lupa hendak memadamkan sms yg diberi oleh rakan wanitanya itu. Sms itu dibaca oleh salah seorang anaknya dan menyampaikan kpd ibunya pula.
![]() |
| apabila suami mula asyik bersms, isteri mula rasa curiga |
Kes spt inilah yg menyebabkan bilangan perceraian bertambah. Tiada tolenrasi dan persefahaman antara pasangan menyebabkan satu masalah yg kecil dijadikan sebab utk bercerai. Lebih-lebih lagi jika suami pula tidak kuat pegangan agamanya. Ego yg tinggi juga akan menambahkan lagi kekeruhan dan jalan penyelesaian yg dinampak hanyalah perceraian. Nauzubillah...walaupun perceraian itu halal tetapi ia adalah perkara yg amat dibenci oleh Allah SWT.
![]() |
| pertengkaran mungkin tidak dapat dielakkan jika ego menguasai diri |
Seorang remaja telah berkata bhw kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan alam percintaan, bercintalah dgn suami orang.
Kepada para isteri dan wanita yg lain, apa pendapat anda?
Label:
Isu Masyarakat,
Keluarga,
Muhasabah Diri
Sunday, June 12, 2011
Andai aku ini jutawan blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Join segmen en. Ben Ashaari lagi!
Andai aku seorang JUTAWAN, dapatlah aku tidur atas duit macam yg aku mimpikan...hehehe...itu cuma mimpi jer. (sila abaikan anganan yg ini)
Apa yg aku patut lakukan utk memajukan dunia blogging di Malaysia :
Join segmen en. Ben Ashaari lagi!
Berminat? ok... Sila buat satu entri ...
- Letak header Ben Ashaari Blog ..
- Tajuk : Andai aku ini jutawan .. Blogger dan linkkan ke entri ini ..
- Sila buat karangan tidak lebih 100 patah perkataan .. Apakah yang akan anda lakukan dengan dunia blogger di Malaysia ini sekiranya anda seorang jutawan !
- Siap ? Tinggalkan url entri anda beserta kata kata untuk menarik pembaca ke blog anda .. kenapa mereka patut baca entri ada itu ! hehehe .. promosi blog nih !
Andai aku seorang JUTAWAN, dapatlah aku tidur atas duit macam yg aku mimpikan...hehehe...itu cuma mimpi jer. (sila abaikan anganan yg ini)
Apa yg aku patut lakukan utk memajukan dunia blogging di Malaysia :
- Pepatah Wonder Pets ada mengatakan "apa yg penting...KERJASAMA". Aku akan bekerjasama dgn mana2 blogger yg mahukan pertolongan aku...semesti pertolongan duitlah.
- Memberikan tutorial kepada blogger2 baru yg bercita2 utk menjadikan blog mereka punca rezeki, macam kasi sponsor la....pergi jumpa otai2 dan kasi duit modal buat hosting yg menarik.
- Bagi bantuan kewangan kpd blogger2 yg memerlukan duit bagi mengupah pekerja2 bagi mengkemaskini blog jika diaorang ada perpuluh-puluh bloglah.
- Setiap tahun aku akan buat perjumpaan blogger seluruh Malaysia dan semua kos pastinya aku yg tanggung.
Label:
segmen santai
Ramai yg minat racun halus rupanya....
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Wallahualam.
Bagaimana nak memulakan ye.......sebeno nye aku tgh kering idea. Pagi2 mengadap lappy semata2 utk blogwalking.....uh, bosan...dh 2 mlm tido sorang2. Suami aku gi mane?.....ha, dia tgh mancing sekarang ni, kat pulau aur katanya. semoga dia dpt banyak ikan lah.....dapat stok 1 minggu, lumayan gak. dapt safe budget utk beli ikan kat kedai acheh depan tu.
Berbalik pd tajuk entri ni...aku nak merujuk kepada rancangan tv3, al-kuliyyah yg lepas. tajuk nye 'racun halus'. Aku mcm tertarik nak buat entri pasal tajuk tu. sebelum tu aku buat research kat google dulu. betul spt yg disangka......ramai yg dh buat entri pasal tajuk ni.
Aku baca semua entri mereka.....apa yg menyebabkan mereka juga minat nak tulis pasal ni? apa yg dpt aku simpulkan....tgok tajuk, mmg menarik...ramai penonton berminat dgn tajuk2 mcm ni. tentu rating penonton rancangan ni tinggi pd jumaat lepas. termasuklah aku...mmg minat nak tgok terutamanya kalau ada demo......
Ada penonton yg bg komplen negatif, katanya pihak pengamal perubatan tu saja2 nak promo pusat rawatan dia. Ada yg kata, pihak tv cuba sebarkan rancangan khurafat. Mereka kata, demo2 tu mcm cerita tahyul lah......
Aku tak sokong mereka.....dalam rancangan 'tanyalah ustaz tv9' pernh tayangkan mengenai perubatan sains moden vs perubatan tradisional. Dan apa yg aku ingat, dr. Danial, penceramah tersebut mengatakan kita perlu seiring ketika menjalankan rawatan. Jika selepas jumpa doktor, masih tak berkurang penyakit, boleh guna alternatif lain spt perubatan islam. ( ke bomoh aku tak galakkan ye). Dr. Danial juga ada menyatakan, mmg ada penyakit yg dtgnye dr jin, dan itu kita kena percaya kewujudan jin ini, sebagaimana kita percaya wujudnya syurga dan neraka......
Perlu diulangi, ia perlu seiring, antara sains moden dan amalan tradisional (rawatan cara islam)...jgn terlalu taksub dgn satu cara shj......dan spt ustaz Syarhan beritahu jgn dptkan rawtan bomoh jika bomoh itu mengamalkan perkara2 yg bertentangan dgn ajaran Islam. nak tahu cerita sepenuhnya silalah ke SINI. ni adalah antara entri yg mengambil rancangan ini sbg contoh teladan. Banyak pengetahuan yg diperolehi, antaranya amalan2 yg perlu dilakukan bg mengelak sihir, tanda2 terkena sihir dan dgn siapa perlu dptkan rawatan jika terkena sihir.
Sihir adalah penyakit yg didtgkan melalui jin. ia tak boleh discan oleh mesin moden.... berhati-hatilah semua. sedangkn Rasulullah SAW pernah disihir, maka siapalah kita yg banyak melakukan dosa dan mungkin secara tidak sengaja telah mengecilkan hati seseorang. kita mempunyai kebarangkalian yg tinggi utk disihir pd bila2 masa.
Sebagai pendinding, amalkanlah ayat yg diberi oleh ustaz Syarhan dan dapatkan ayat2 rukyah amalkan setiap hari. semoga kita dan keluarga kita dilindungi dari kejahatan ilmu hitam. Boleh ke SINI utk dptkan ayat pendinding.
Wallahualam.
Label:
isu agama,
Isu Masyarakat
Friday, June 10, 2011
Entri di Subuh Hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Suboh Jumaat yg hening, aku meneruskan jari-jemari ku menari-nari di atas keyboard. Terus melakukan tugas blogwalking.....jam menunjukkan detik 6 pagi. Oh, dah masuk waktu suboh. Aku ingin berhenti sebentar selepas melawat rakan blogger yg dah sudi menjejaki laman blog aku.
Memang ada rakan blogger yg dah follow dan ramai yg tinggal mesej di shoutbox. Aku memang berniat utk membalas balik kunjungan mereka. Entah....apa yg berlaku tadi sungguh mengecewakan.......Tidak semua rakan dapat aku kunjungi kerana tiada link. Dan entah apa masalahnya.... widget follower hilang lagi......uh, kecewa aku....
Namun ada juga yg aku dapat balas balik kunjungan dan follow mereka jugak. Rupa2nya tidak semua laman yg hilang widget follower tu. Kepada mereka yg belum di follow, jgn risau ye...akan ada kunjungan balas dari puan HM, insyaAllah.
p/s : ini hanya entri ringkas saja.....jumpa lagi di lain masa.

Isu Semasa
Thursday, June 9, 2011
Selamat Datang Ke Penyabong, Endau
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat bertemu lagi..........
Ada cerita baru?.....yap! Suami ingin ke Kuala Rompin sempena majlis perkahwinan rakannya. Setibanya di sana, pengantin dah bersiap utk sesi fotografi di luar. Tak sempatlah kami nak berposing kat pelamin diorang. Lepas makan dan ucap tahniah dgn keluarga pengantin, kami pun pulang.
Alang2 dah sampai Endau, kami bercadang utk jalan2 ke pantai di Mersing. Anak2 dah tak sabar nak bermain air di pantai. Suami pusing2 mencari calet, oleh kerana kami tak merancang nak menginap di sana maka agak susah nak cari calet yg kosong. Semua tempat kami pergi dah penuh.....kesian anak2....mereka merayu kat ayah mereka......"ayah, nak mandi laut....yah......". Berulang kali mereka merayu. Akhirnya, ayah mereka singgah di pantai dan mereka sungguh ceria dapat berendam hingga menjelang senja.
Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, cuaca agak sejuk dan hujan gerimis mula turun. Suami terpandang papan tanda calet di tepi jalan.."Eh, nak singgah tak? Mana tahu ada kosong....dapat rehat satu malam. Budak2 pun tak puas mandi tadi". Aku hanya senyum dan setuju saja le. Yang seronok tentunya anak2 lah......sekali-sekala bawa anak2 berjalan. Pantai Penyabong memang cantik........
Hajat utk bermalam di calet tertunai, ewah......melompat gembira zulhakim. Walaupun bilik sewa kami hanya ada 2 katil dan kipas angin jer, cukuplah buat kami selesa utk satu malam. Yg penting, air utk mandi ada........
Pagi2 dah turun ke pantai, air masih surut. Zulhakim dah menjerit2 nak mandi.......uish, budak ni...sabo lah, kita jalan2 kat pantai sambil amek gambo ye......
Ayah dan ibu senyum melihat kerenah anak2.......
Selamat bertemu lagi..........
Ada cerita baru?.....yap! Suami ingin ke Kuala Rompin sempena majlis perkahwinan rakannya. Setibanya di sana, pengantin dah bersiap utk sesi fotografi di luar. Tak sempatlah kami nak berposing kat pelamin diorang. Lepas makan dan ucap tahniah dgn keluarga pengantin, kami pun pulang.
Alang2 dah sampai Endau, kami bercadang utk jalan2 ke pantai di Mersing. Anak2 dah tak sabar nak bermain air di pantai. Suami pusing2 mencari calet, oleh kerana kami tak merancang nak menginap di sana maka agak susah nak cari calet yg kosong. Semua tempat kami pergi dah penuh.....kesian anak2....mereka merayu kat ayah mereka......"ayah, nak mandi laut....yah......". Berulang kali mereka merayu. Akhirnya, ayah mereka singgah di pantai dan mereka sungguh ceria dapat berendam hingga menjelang senja.
Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, cuaca agak sejuk dan hujan gerimis mula turun. Suami terpandang papan tanda calet di tepi jalan.."Eh, nak singgah tak? Mana tahu ada kosong....dapat rehat satu malam. Budak2 pun tak puas mandi tadi". Aku hanya senyum dan setuju saja le. Yang seronok tentunya anak2 lah......sekali-sekala bawa anak2 berjalan. Pantai Penyabong memang cantik........
![]() |
| Pemandangan di pantai |
![]() |
| tumbuhan semulajadi |
| Ahmad Zulhakim, tak sempat salin baju tido...... |
| susah betul nak suruh kakak bergaya, dia pemalu orgnya... |
| adik melihat aksi abangnya, ahmad zulhadi.........aksi apa tu? |
Friday, June 3, 2011
Aduh, lamanya bertapa
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku dah habis tempoh bertapa........jgn cuak lak ye. Lama gak aku tak bukak laman blog aku ni...ha....dah ada sawang tuuuuuu.
Kerana terpaksa, aku relakan ia berlaku, kerana terpaksa, aku tinggalkan semua itu, kerana terpaksa, aku pejamkan mata dan biarkan kau sendiri. Dah......jiwang karat pulak.....ekekeke. Eh, tengah tak der idea la.....lama tak up date, dah mula nak berkarat, tgh dok fikir lah cerita apa aku nak merapu hari ni.....
Tempoh peperiksaan sudah berlalu dan sekarang tgh cuti sekolah, tu sebab aku dpt bukak laman blog JJHM ni. FB pun dh lama aku tak jengah......adoi...maaf lah yg dah hanto mesej ka, yg lawat sini ka, tgh dok tunggu kunjungan balas dari puan HM ke? Berjuta2 keampunan dipohon na........
Aku ada laptop satu jer, so aku kena kongsi dgn 3 org anak2 yg nak buat ulangkaji. Ibu diorang ni mengalah lah sebb diorang nak exam, buat latihan score A gilir2.......aku cuma pantau, tak per lah.......ibu tutup dulu laman blog ibu ye nak.......
Pas ni, puan HM nak buat kunjungan balas pulak. Kesian yg menunggu tu.......mungkin tiada entri lagi dalam dua atau tiga hari ini, sbb sok nak gi bercuti bersama keluarga pulak. Hari ni dapat buat entri ringkas je.......emmmm muka sedih gitu.....
Okay, jumpa di lain masa........

Isu santai
Friday, May 20, 2011
SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR : TANAH TUMPAH DARAHKU
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jom kita meriahkan bloglist abgteror......jom....
Kena jawab soalan cepu emas abgteror dulu......
Terbuka kepada 100 penyertaan pertama sahaja (jika lebih akan dipertimbangkan).
Jom kita meriahkan bloglist abgteror......jom....
![]() |
| nak join klik header ye |
1. Dimana anda dilahirkan? di Muar, Johor
2. Dimana anda dibesarkan? di Kota Tinggi, Johor
3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
tentulah negeri Johor
4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
tanah tumpah darah ku ialah tanah Johor
Label:
segmen santai
USTAZAH KENA RABA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini kisah benar........sebenarnya lama dah aku nak tulis entri ini tapi takut lak orang akan cop aku ni nak publisiti lebih lak. Tetapi selepas aku baca entri kat blog santaibenashaari, terbuka pulak hati aku nak tulis entri ni.
Berlaku 10 tahun lalu, waktu itu ustazah ni kerja dgn kerajaan, cuma seorang pekerja kontrak jer. Lepas graduated berkobar-kobar nak gi kerja. Semangat gitu....6.30 pagi dah siap, takut terlambat sampai ofis lar katakan.
Oleh kerana perjalanan dari rumah ke pejabat tu jauh, terpaksa naik satu bas dan sambung jalan kaki dalam 10 minit maka ustazah ni selalu siap awal untuk naik bas first trip. Kalau terlepas bas pertama ni pasti lewat sampai ofis. Naik bas dulu-dulu samalah macam sekarang ni, bas ting tong lah tapi bas yang ustazah ni naik selalu berlaku kesesakan. Kalau korang pernah makan sardin tentu korang dapat bayangkan suasana sesak macam sardin.
Dalam suasana bersesak-sesak, bertolak-tolak memang kadang-kadang berlaku insiden tak sengaja. Eh, sori ......tak sengaja. Lebih-lebih lagi bila bas tu lalu di selekoh....silap-silap ada yang terlentok kat dada yang bidang tanpa rela. Eh, sori...tak sengaja. Biasa lah ayat tu. Kadang-kadang ustazah terpaksa berdiri, lagi kesian tau. Tangan sebelah terpaksa pegang palang kerusi dan sebelah lagi pegang beg tangan ( takut kena ragut /selok oiii)...kalau jumpa selekoh jer mesti terpaksa pasang kuda-kuda.
Kes kena raba tu berlaku sewaktu ustazah ni nak balik ke kampung. Biasanya setiap hujung minggu ustazah selalu balik kampung jumpa mak dan abah lar. Masa tu ustazah buat keputusan naik bas terus ke bandar KT selepas pulang dari ofis.
Punyalah rindu kat ayah bonda , sampaikan tak makan dulu sebab nak cepat sampai kampung. Bukannya dekat ......hampir 3 jam perjalanan, tu pun kalau bernasib baik bas lalu cepat. Pas tu kena pulak sambung naik teksi masuk ke dalam kampung. Ustazah ni tak sabar dah....dia terus tahan bas yang terpampang tulis menuju ke bandar KT.
![]() | |
| gambar hiasan |
Alamak, ramai nyer orang...al-maklumlah, esok cuti kan....dah tentu mereka semua nak balik kampung jugak kot. Kali ini nasib ustazah tak baik sebab dia tak dapat tempat duduk. Nak berundur susah pulak, orang dah mula nak naik bas dan pemandu dah mengumumkan untuk jalan. Terpaksalah ustazah ni teruskan walaupun terpaksa berdiri. Dalam hati berharap dalam perjalanan nanti adalah tempat duduk kosong. Dalam hati merungut gak...'dah lar tak der aircond'...
![]() |
| gambar hiasan |
Jalan menuju ke bandar KT ni banyak selekoh dan bukit, jadik ustazah dah bersedia setiap kali lalu di kawasan tu.....hehehe pasang kuda-kuda kuat-kuat. Tiba-tiba ustazah terasa seperti ada tangan masuk menyelinap dalam tudung nya yang lebar tu. Oppsss terkejut.....terus dia pandang ke belakang, ada apek perasan hensem sedang meraba bahagian dada dia.
Masa tu dia nak jerit, malu sebab bas memang tengah sesak dan ustazah ni pulak tengah berdiri sambil membawa beg pakaian ( kan nak balik kampung) dan sebelah tangan lagi pegang kerusi. Apa nak buat? Dia cuba bergerak ke hadapan, menyelit-nyelit di celah-celah ketiak orang ramai supaya tak terlalu dekat dengan apek gila seks tu. Apek tu macam perasan ustazah tu marah, sebab muka ustazah dah mula merah menahan malu......eh, ada orang lain perasan ker? Tak lama tu apek tu tekan loceng dan turun kat satu tempat.....
Ustazah tu bukan main lega....kalau lama sikit tentu apek tu kena tendang guna kasut kulit ustazah yang bertapak getah. Ustazah dah pun terfikir nak tendang tang tuuuu....nasib apek tu baik la. Pengalaman tu ustazah tak cerita pada sesiapa...malu betoiiii. Dan sebenarnya ini bukan pengalaman pertama, sebelum tu pun ada percubaan meraba berlaku ke atas ustazah ni.
Pelik betul kan, orang yang berpakaian seperti ustazah pun kena raba. Orang yang gila seks ni memang tak pilih mangsa, asalkan pompuan agaknya....abis tu yang pakai baju macam tak cukup kain agaknya pernah tak kena raba tak?
p/s : pengajarannya berhati-hatilah walau di mana anda berada. lelaki muka hensem tidak melambangkan hatinya jugak hensem
Label:
Isu Masyarakat
Thursday, May 19, 2011
Anugerah Blog Paling Popular
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apakah aku masih di awang-awangan? Layakkah aku berada sebaris dengan blog yang popular? Mungkinkah ada yang mengatakan blog aku ni indah khabar dari rupa? Masalahnya blog aku ni ada rupa ker? ekekekeke...... Jom kita santai di sini....

Klik..jangan tak klik.......

BACALAH!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Muslim meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a., beliau berkata :
"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Bacalah al-Quran, kerana pada hari Qiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya."
(Riwayat Muslim : 804)

Di sini ingin sekali aku berkongsi kisah dari dua ayat al-Quran yang berkaitan dengan orang yang munafik. Bergetar hati ini apabila membaca terjemahannya. Pertama dari Surah al-Munaafiquun ( 11 ayat ) dan kedua dari Surah al-Baqarah ( ayat 6 - 20 ). Dari dua ayat ini dapat di tafsirkan makna munafik, iaitu :
Dari segi bahasa : orang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.
Dari segi syarak : seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.
Kebiasaannya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.
Tanda seseorang itu menjadi munafik :
- iman tidak tetap dan tidak teguh
- tindak-tanduk yang sentiasa berubah
- tidak tetap kata
- sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
- jiwanya tidak tenteram
- menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh kepura-puraan. Lagi pula, balasan di akhirat amat berat.
Allah SWT berfirman di dalam surah al-Nisa' :145, maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka."
Marilah kita membudayakan sifat suka membaca. Bagi umat Islam, jadikanlah al-Quran sumber bacaan wajib pada setiap hari bersama terjemahannya sekali. Adalah digalakkan satu rumah, satu buku tafsir al-Quran.
Selamat membaca........
Label:
infobestari,
isu agama
Wednesday, May 18, 2011
Bukan Kerana Nama
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebuah lagu popular dendangan Ramli Sarip.
Aku amat suka dengar lagu ini.
Jom kita layan sama2 sebelum tidur.
Semoga kita dapat ambil iktibar dari kata2 dalam lagu ini.
Kalau diamati kata2 itu......sesungguhnya, ia boleh menginsafkan.
Layannnnzzzz.
Label:
segmen santai
Apabila Ashraf Muslim Menulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mengapa aku begitu tertarik utk membaca ruang Ashraf Muslim di Berita Harian hari ini. Dimulakan dgn ucapan syukur kpd Allah SWT, anak seni ini mula berbicara mengenai peluang. Aku terharu membaca tulisannya kali ini. Ku ulangi bacaanku dan di sini aku ingin berkongsi pendapat aku mengenai penulisannya.
Pertama, dia berkata mengenai peluang utk kita mengucap syukur dan berterima kasih kpd Allah SWT atas nikmat yg dikecapi." Bukan tidak ada ruang dan peluang, tetapi entah kenapa agak sukar utk mengucapkan; "Ya Allah, terima kasih"."
Bukan mudah utk seorang yg bergelar artis utk melakukan perubahan. Aku kagum melihat kegigihan anak seni ini. Malam ini, terpampang berita mengenai seorang artis rakaman ditangkap kerana dipercayai terlibat dgn kes pecah rumah. Artis memang manusia biasa tetapi artis juga manusia yg dikurniakan akal oleh Allah SWT. Mereka boleh berfikir samada mahu melakukan kebaikan atau sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah IMAN.
Kesungguhan Ashraf Muslim utk melakukan transformasi diri harus dipuji. Berbekalkan azam dan sokongan dari Tn. Hj. Lokman, Pengasas Pusat Rawatan Al-Hidayah, dia melakukan perubahan sedikit demi sedikit walaupun ada yg kurang senang dgn apa yg cuba dilakukan olehnya. " Ada yang tidak berapa suka dgn perubahan saya itu", katanya.
Seterusnya, Ashraf menulis; "Apabila peluang tiba, jangan berpaling lagi. Rebut cepat kerana kita tidak tahu apakah peluang akan bertandang lagi selepas kita melepaskannya". Maka peluang utk melakukan umrah dan membuat transformasi diri diteruskan. Dgn tidak disangka-sangka, rezeki dtg selepas pulang dari menunaikan umrah. Itulah janji Allah bahawa setiap kebaikan akan dibalas dgn kebaikan.
Pada penutup, Ashraf meletakkan firman Allah SWT dari Surah At-Talaq, ayat 3 yg bermaksud,
" Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
![]() |
| Semoga kebahagiaan pasangan ini diberkati |
Siapalah kita utk menilai hati budi seseorang. Jika sudah bertekad utk melakukan perubahan janganlah dilengahkan kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup di dunia ini. Bermuhasabahlah utk kebaikan diri dan keluarga. Wallahualam.
Label:
isu agama,
Isu Masyarakat,
Muhasabah Diri
Segmen Ben Ashaari: BLOGGER LELAKI VS BLOGGER PEREMPUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Satu lagi segmen en. BA yg aku ingin sertai. Ini hanyalah pendapat peribadi, tiada berkaitan dengan sesiapa samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.
Tutup hari ni gak jam 6 petang ni.. Cara menghantarnya , sila buat satu entri ..
Satu lagi segmen en. BA yg aku ingin sertai. Ini hanyalah pendapat peribadi, tiada berkaitan dengan sesiapa samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.
![]() |
| jom join, silalah klik header ni |
Tutup hari ni gak jam 6 petang ni.. Cara menghantarnya , sila buat satu entri ..
- Letak header BEN ASHAARI blog
- Tajuk : BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN dan linkkan ke entri ini ..
- Jawab soalan tersebut , tidak lebih 100 patah perkataan ..
- Siap ? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini ..TAJUK : SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI ?Rukun nikah itu ada 5 perkara :
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- dua orang saksi
- ijab dan kabul
Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari setiap individu. Mengikut kefahaman aku (tanpa rujuk Kamus Dewan) wang hantaran merupakan hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sekiranya seseorang itu ada keupayaan utk membayar mahar dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin maka hukumnya lelaki ini wajib berkahwin. Situasi sekarang di mana ramai wanita bekerjaya hebat dan ada yg sama taraf dgn lelaki tidak menafikan bagi lelaki utk mengadakan segala persediaan melangkah ke alam rumahtangga kerana ia menunjukkan keseriusan lelaki tersebut utk mendirikan sebuah masjid.
Kesimpulannya saya setuju jika pengantin lelaki menyediakan 100% wang hantaran perkahwinan. Walaupun wang hantaran tiada dalam rukun nikah tetapi jika pihak lelaki mahu memberikan hadiah, dipersilakan.......
Label:
Ben Ashaari,
segmen santai
Tuesday, May 17, 2011
Peringatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sempurnakah wudukmu?
Ketika membasuh muka, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh tangan kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh ubun-ubun, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh telinga kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh kaki kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Kosongkah wuduk kamu?
Terima kasih ustaz, peringatan mu akan ku ingat sampai ke hujung nyawaku.
Terima kasih al-hafiz, surah at-Tahrim ayat ke-6 yang engkau bacakan amat bermakna buatku.
Terima kasih kerana memarahi aku, mengingatkan aku dan menyedarkan aku.
Sudahkah kamu menyeru anak-anak mu mendirikan solat?
Adakah kamu membiarkan anak-anak mu solat sendirian?
Kamu pasti solat anak-anak mu betul?
Kamu dengar bacaan dalam solat anak-anak mu betul?
Ketika kamu bersiap untuk berjemaah di masjid, di mana isteri dan anak-anak mu?
Ketika kamu bangun dari tidur untuk solat suboh, di mana isteri dan anak-anak mu?
Ketika kamu sedar tentang dosa-dosa kamu, adakah kamu bangun malam untuk bertahajjud dan melakukan solat taubat?
Ketika kamu teringat kamu pernah meninggalkan solat, adakah kamu segera menggantikannya?
Aku di sentap dari lamunan yang panjang.
Sesungguhnya kehidupan di dunia merupakan waktu tidur yang panjang,
kerana manusia selalu terlalai dan terlena dengan nikmat di dunia.
Jaga yang berkekalan hanyalah datang selepas kematian.
Terima kasih kerana teguran itu.
Label:
isu agama
Subscribe to:
Posts (Atom)